Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hambatan penerapan bank Islam di Aceh




BAB I
PENDAHULUAN

A.    Latar Belakang
Jauh sebelum munculnya idea tentang penubuhan sistem perbankan Islam di Indonesia atau di Aceh. Para ulama dan cendekiawan Islam sama ada yang berada di pertubuhan-pertubuhan  keagamaan  ataupun  di  Institusi  Pendidikan  Tinggi  (IPT)  dan swasta, telah melakukan kajian dan mengemukakan pendirian mereka tentang faedah (interest) bank dan riba. Sebagai contoh, K.Hj. Mansor pada tahun 1973, telah bercadang untuk menubuhkan sebuah bank Islam. Namun hasrat beliau tersebut tidak mendapat persetujuan oleh regim Sukarno yang berkuasa pada saat itu. Kerana dianggap akan melahirkan konflik agama di Indonesia dan dapat menganggu kestabilan negara.
Perbincangan  tentang  faedah  (interest) bank  dan  riba tidak  berhenti  setakat  itu sahaja. Para ulama dan cendekiawan Muslim terus melakukan kajian dan perbincangan berkenaan dengan faedah (interest) bank. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan pelbagai artikel yang ditulis oleh Mohammad Hatta, Naib Presiden Republik Indonesia pertama dan beliau merupakan tokoh ekonomi kerakyatan serta dikenali sebagaiBapak Koperasi Indonesia.
Salah satu artikel penting Muhammad Hatta yang diterbitkan awal tahun 1950 yang bertajuk  Kedudukan  Bank  dalam  Masyarakat,  menjelaskan  tentang  mudharat  atau keburukan riba. Namun demikian, Muhammad Hatta berpendapat bahawa riba untuk tujuan produktif iaitu sejumlah tambahan wang yang dibayar pada pokok pinjaman untuk tujauan produktif adalah merupakan bahagian dari keuntungan dari wang yang dipinjamkan dan oleh sebab itu pada pendapatnya ia tidaklah termasuk riba, asalkan kadar faedahnya rendah.
Selain  ulama  dan  cendekiawan  yang  mengeluarkan  idea  dan  pendapat  mereka tentang faedah (interest) bank secara peribadi, terdapat juga ulama yang bergabung dalam pertubuhan-pertubuhan Islam mengadakan perbincangan. Seperti Majelis Tarjih Muhammadiyah pada muktamar di Sidoarjo Jawa Timur tahun 1968 memutuskan bahawa faedah (interest) bank yang ditetapkan oleh bank-bank milik Negara kepada pelanggan dan juga sebaliknya , hukumnya syubhat, ertinya belum jelas akan halal dan haram.
Sedangkan Bahsul Masail NU (Nahdatul Ulama) memfatwakan faedah (interest) bank yang diamalkan di bank-bank di Indonesia adalah halal kerana tidak ada syarat pada masa akad. Sedangkan adat yang berlaku tidak dapat begitu sahaja dijadikan syarat. Perbedaan pandangan dan pendapat oleh para ulama (antara Muhammadiyah dan NU) sangat mempengaruhi masyarakat awam. Hal tersebut mengakibatkan kesan negatif dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu menyebabkan perselisihan dan perpecahan sesama umat Islam. Sehubungan dengan itu, bagi menghindari terjadinya perpecahan dan perselisihan yang berkepanjangan, maka MUI mengemukakan ideanya untuk mengadakan mesyuarat khas yang membahas isu faedah (interest) bank yang selama ini menjadi perselisihan pendapat oleh para ulama Indonesia.

B.     Rumusan Masalah
1.      Apa itu perbankan?
2.      Apakah pengertian bank Aceh syariah?
3.      Bagaimana hambatan penerapan bank islam di Aceh?


BAB II
PEMBAHASAN

A.    Pengertian Perbankan
Perbankan adalah kata terbitan daripada bank. Bank merupakan institusi yang menawarkan   perkhidmatan   kewangan   seperti   jagaan   wang,   pertukaran mata wang pemberian jaminan dan terimaan bil pertukaran. Perbankan  Islam didefinisikan secara umumnya sebagai urusan perbankan  yang bebas daripada unsur riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip Syariah. Bentuk urus niaga yang selari dengan Syariah Islam adalah pengkosian untung dan rugi (profit and loss sharing).
Pada bab ini akan membincangkan dua institusi kewangan Islam yang sedang berkembang  di  Aceh,  iaitu;  Bank  Mandiri  Syariah  Cawangan  Aceh  dan  Bank  Aceh Syariah. Meskipun ada berapa lagi bank-bank yang beroperasikan dengan sistem Syariah di Aceh  seperti  Bank  Muamalat  Indonesia,  Bank  Negara  Indonesia  Syariah  dan  Bank Danamon Syariah.
Kedua bank ini dipilih untuk dikaji kerana sebagaimana diketahui Bank Syariah Mandiri adalah bank Syariah di peringkat nasional yang pertama membuka cawangan di Aceh sedangkan Bank Aceh Syariah adalah satu-satunya bank Syariah milik pemerintah kerajaan Aceh dan hanya ada di wilayah Aceh. Juga dengan pemilihan kedua bank tersebut dapat mendedahkan sejauh mana peranan MPU dapat diberikan kepada bank-bank di dua peringkat yang berbeza tersebut.

B.     Pengertian Bank Aceh Syariah
Bank Aceh Syariah merupakan unit rasmi dari pada Bank Aceh untuk perbankan Islam, dahulunya bernama (BPD Syariah) Bank Pembangunan Daerah Syariah Istimewa Aceh. Bank ini merupakan BUMD (Badan Usaha Milik Daerah) milik kerajaan Aceh yang Ibu Pejabat berada di Banda Aceh.
Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh (BPD) ditubuhkan pada saat penumbuhan Propinsi Daerah  Istimewa Aceh tahun 1956. Pada saat tersebut, kerajaan negeri belum memiliki bank tersendiri, yang dijadikan sebagai alat kelengkapan pemerintah kerajaan negeri atas dasar meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah Pendapatan Asli Daerah (PAD).

Sejarah Penubuhan Bank Aceh Syariah
Idea penumbuhan Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh, berawal pada saat penumbuhan Provinsi Daerah Istimewa Aceh tahun 1956. Pada masa tersebut, Pemerintah Negeri belum mempunyai bank tersendiri, yang dijadikan sebagai alat kelengkapan Pemerintah Kerajaan Negeri, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat serta menambah Pendapatan Asli Daerah (PAD). Atas dasar kepentingan tersebut, Pemerintah Kerajaan Negeri memandang perlu adanya institusi kewangan milik Negara yang berperanan sebagai bank pembangunan di Negeri, disamping bank-bank pemerintah yang telah ada.
Awal   pemerintah   daerah   Aceh   mendirikan   Perseroan   Terbatas  (Naamloze Vennootschap) dengan nama Bank Kesejahteraan Aceh N.V yang dimulai sejak tanggal 19  November  1958.  Pendirian  Bank  Pembangunan  Daerah  Istimewa  Aceh  (BPD) sepenuhnya mendapat dukungan dari Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Peralihan ProvinsiAceh  di  Kutaradja, dengan  adanya  Surat  Keputusan  Nombor:  7/DPRD/5  tanggal  7 September 1957 dan dengan adanya akte dari wakil notaris Mula Pangihutan Tamboenan di Kutaradja Nombor: 1 tanggal 1 April 1958 sebagai legaliti operasionalnya, Bank ini telah mendapat  izin  dari  Menteri  Kewangan  Republik  Indonesia  Nombor:  12096/BUM/11 tanggal  2  Februari  1960,  serta  pengesahan  sebagai   Institusi  Hukum  dari  Menteri Kehakiman Republik Indonesia dengan Surat Keputusan Nombor: J.A.5/22/9 tanggal 18 Mac 1960.
Seiring dengan keluarnya Undang-Undang No.13 tahun 1962 mengenai ketentuan- ketentuan pokok bank pembangunan negeri, maka Pemerintah Kerajaan Aceh melalui Peraturan Daerah (PERDA) No.12 Tahun 1963 tanggal 20 Disember 1963 tentang Bank Pembangunan   Daerah   Istimewa   Aceh   Bank   Kesejahteraan   Aceh,   N.V   mesti menyesuaikan diri dengan Undang-undang dan Selanjutnya melalui Surat Keputusan Gabernor Nombor: 54/1973 tanggal 17 April 1973 menetapkan pelaksanaan pengalihan
Bank Kesejahteraan Aceh, N.V menjadi Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh. Proses pengalihan tersebut secara resmi dilaksanakan pada tanggal 6 Ogos 1973, yang kemudian diperingati sebagai hari jadi Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh. Untuk memberi ruang gerak yang optimal, sejalan dengan perkembangan sektor moneter di tanah air, Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh harus melakukan beberapa perubahan atas isi Peraturan Daerah  (PERDA), khasnya di sektor permodalan, iaitu PERDA Nombor: 10 tahun 1974, PERDA Nombor: 6 tahun 1978, PERDA Nombor: 5 tahun 1982 dan PERDA Nombor: 8 tahun 1988 dimana untuk memperkuat fundamental industri perbankan di tanah air, sejalan dengan tuntutan perkembangan ekonomi makro, serta menyesuaikan dengan ketentuan-ketentuan perbankan di dunia internasional.
Adapun visi dan misi pendirian Bank Pembangunan Daerah iaitu untuk membantu dan mendorong pertumbuhan perekonomian dan pembangunan negeri dari segala bidang, maka Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh dengan berpedoman kepada Undang- Undang no. 7 tahun 1992 tentang Perbankan dan Peraturan Menteri Dalam Negeri  nombor: 8 tahun 1992 tentang Penyesuaian Peraturan Pendirian Bank Pembangunan Daerah dengan Undang-undang  nombor:  7  tahun  1992.  Selanjutnya  memilih  dan  mengubah  bentuk institusi hukum menjadi Perusahaan Negeri yang ditetapkan melalui PERDA Nombor: 3 tahun 1993 tanggal 5 Pebruari 1993.
Berdasarkan Peraturan Menteri Dalam Negeri Nombor: 1 tahun 1998 tanggal 4 Februari 1998 tentang bentuk badan hukum Bank Pembangunan Daerah, maka untuk mendukung gerak dan kinerja bank, serta untuk mengubasuai dengan ketentuan-ketentuan perbankan di tanah air serta arah perkembangan perbankan dimasa yang akan datang, Bank Pembangunan  Daerah  Istimewa  Aceh  melakukan  perubahan  kembali  bentuk  institusi hukum menjadi Perseroan Terbatas (PT), dengan demikian nama Bank berubah menjadi PT. BANK PEMBANGUNAN DAERAH ISTIMEWA ACEH” disingkat PT. Bank BPD Aceh.
Untuk memperluas pangsa pasar dan mengakomodir keperluan segmen masyarakat yang belum terlayani oleh bank konvensional, khususnya berkaitan dengan masalah keyakinan, serta di dukung oleh Undang-undang No. 7 Tahun 1997 tentang Perbankan yang kemudian disempurnakan dengan Undang-undang No. 10 Tahun 1998, membuka peluang yang seluas-luasnya kepada Perbankan Nasional untuk mendirikan Bank Islam maupun jabatan Cawaangnya oleh Bank Konvensional, maka pada tanggal 28 Desember 2001    BPD    Aceh    mendirikan    Unit    Usaha    Islam     dengan    SK    Direksi    No.047/DIR/SDM/XII/2001.
Dengan  terbitnya  izin    penumbuhan  unit   Islam    dari    Bank    Indonesia  No. 6/4/DPbs/Bna tanggal 19 Oktober 2004 maka dibukalah Bank Pembangunan Daerah (BPD) unit Islam di Banda Aceh yang beralamat di Jl. Tentara Pelajar Banda Aceh yang peresmiannya dilakukan pada tanggal 5 November 2004.

C.    Visi dan Misi dan Motto Bank Aceh Syariah
Dibawah ini akan diuraikan visi, misi, dan motto PT. Bank Aceh Syariah.
1.      Visi Bank Aceh Syariah
Mewujudkan Bank Aceh menjadi bank yang terus sehat, tangguh, handal dan terpercaya serta dapat memberikan nilai tambah yang tinggi kepada mitra dan masyarakat.

2.      Misi Bank Aceh Syariah
Membantu dan mendorong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri dalam rangka meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pengembangan dunia usaha dan pemberdayaan dunia usaha dan pemberdayaan ekonomi rakyat, serta memberi nilai tambah kepada pemilik dan kesejahteraan kepada kakitangan.

3.      Motto Bank Aceh
Kepercayaan dan kemuliaan.  Kepercayaan adalah suatu manifestasi dan wujud Bank sebagai  pemegang  amanah  dari  Pelabur,  Pemilik  dan  Masyarakat  secara  luas  untuk menjaga  kerahasiaan  dan  mengamankan  kepercayaan  tersebut.  Sedangkan  Kemuliaan adalah suatu penghormatan dan penghargaan yang sangat tinggi diberikan bank kepada Pelabur. Dalam rangka mengemban visi dan misi bank tersebut, setiap kakitangan dan manajement harus dapat menganut, meyakini, mengamalkan dan melaksanakan nilai-nilai filisofis yang luhur yang terkandung dalam pilar dan perilaku budaya kerja, yaitu:
a.       Bekerja adalah ibadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan ketaqwaan;
b.      Profesionalisme dan integritas kakitangan/manajemen;
c.       Pengelolaan Bank secara Sehat dan Berdaya Saing Tinggi;
d.      Kepuasan Pelabur yang tinggi;
e.       Prestasi Kerja dan Kesejahteraan adalah Karunia Allah S.W.T.




D.    Ruang Lingkup Bidang Usaha Bank Aceh Syariah
Selaras dengan teknologi maklumat yang diterapkan untuk memenuhi keperluan masyarakat  sesuai  dengan  perkembangan  semasa PT.  Bank  Aceh  Tbk.  telah  berupaya meningkatkan kualiti dan jenis produk layanan sehingga diharapkan mampu minciptakan tingkat kepuasan dan loyaliti yang tinggi untuk seluruh pelabur. Sampai masa ini produk dan jasa Bank Aceh Syariah adalah sebagai berikut:

Pengumpulan Dana:
1.   Giro  Wadi‟ah: menggunakan  prinsip  Wadi‟ah Yad  al-Dhamanah  dimana  bank sebagai penerima dana titipan dapat memanfaatkan dana tersebut dengan seizin pemiliknya dan menjamin untuk mengembalikan titipan tersebut bila pemiliknya mengkehendaki.  Dengan  prinsip  wadi‟ah, pelabur  tidak  mendapatkan  jasa  giro namun mendapatkan bonus besar yang ditentukan oleh bank dan tidak diperjanjikan di muka.
2. Deposito Mudharabah: Tabungan yang diaplikasikan di Bank Aceh Syariah menggunakan prinsip mudharabah mutlaqah, iaitu usaha perkongsian antara dua belah  pihak,  dimana  pihak  pertama/bank  menyediakan  dana  dan  pihak  kedua pelabur bertanggung jawab atas pengolahan usaha.

Penyaluran Dana:
1.   Pembiayaan Murabahah: yang dilakukan dengan cara kerja sama antara dua pihak dimana pemilik modal/bank menyediakan modal 100 perseratus sedangkan pihak lainnya menjadi pengelola usaha dengan mensyaratkan jenis ataupun bentuk usaha dilakukan.
2.    Pembiayaan Musyarakah: suatu kesepakatan antara bank dengan pelabur untuk membiayai suatu projek dimana masing-masing pihak secara bersama-sama menyediakan dana dan berpartisipasi dalam kerja. Masing-masing pihak berhak atas keuntungan dan bertanggung jawab atas segala kerugian yang terjadi sesuai dengan pernyataan masing-masing.
3.  Pembiyaan Mudharabah: Pembiayaan secara total daripada keperluan pelabur yang diberikan oleh bank. Keuntungan dari pada usaha ini dibahagikan bersma sesuai dengan nisbah  yang disepakati. Nisbah  adalah bahagian keuntungan usaha bagi setiap pihak yang kadarnya ditetapkan berdasarkan kesepakatan.
4.      Pembiyaan  Ijarah:  Suatu  kontrak  sewa  yang diakhiri  dengan  penjualan.  Dalam kontrak ini pembayaran sewa telah diperhitungkan sedemikian rupa sehingga sebahagian padanya merupakan pembelian barang secara berangsur.

E.     Kekuatan dan Peluang
Secara umum, kekuatan ekonomi/perbankan Islam di Indonesia mulai nampak nyata setelah terjadi krisis ekonomi dan moneter di Indonesia pada akhir tahun 1997. Krisis ekonomi yang melanda Indonesia dimulai dengan gejolak moneter beberapa negara seperti; Thaliand, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan.
Keadaan yang demikian teruknya, ternyata tidak demikian halnya dengan sistem ekonomi Islam seperti yang diterapkan di bank-bank Islam di Indonesia. Sekurang- kurangnnya ada dua faktor  yang menyebabkan  ekonomi  Islam  lebih  kebal  berbanding ekonomi konvensional, iaitu:
1.      Sistem ekonomi Islam tidak hanya   mengejar keuntungan seperti yang dilakukan oleh bank-bank konvensional, akan tetapi melihat dari sudut pandang lain seperti tolong-menolong dan ibadah.
2.      Dengan sistem perkongsian untung dan rugi tanpa mengenal faedah.
Dengan berkembang bank-bank Islam pada masa kini, maka banyaklah  para pengamal bank sama ada dari golongan pengamal bank konvensional mahupun pengamal bank Islam sendiri  berminat  menubuhkan  bank  yang  sistem  operasinya  berteraskan  prinsip-prinsip
Syariah.
Di Nanggroe Aceh Darussalam ada beberapa bank Islam yang ditubuhkan setelah krisis ekonomi yang melanda Indonesia pada tahun 2007. Ditubuhkannya Bank Aceh Syariah oleh Bank Aceh melihat prospek dan kekuatan yang telah ada di Aceh. Kekuatan dan peluang yang dimiliki oleh Bank Aceh Syariah dihantarnya:
1.      Bank Aceh Syariah merupakan (Badan Usahan/Syarikat milik kerajaan) Aceh.
2.      Penerapan Syariat Islam secara kaffah di Bumi Serambi Mekkah.
3.      Masyarakat Aceh majoriti Beragama Islam.
4.      Pemberlakuan Otonomi Khas untuk Aceh.
5.      Letak Provinsi Aceh yang startegik sehingga usaha perdagangan meningkat dan secara langsung pertumbuhan ekonomi juga meningkat.

F.     Hambatan Penerapan Bank Islam di Aceh
1.      Sosialisasi perbankan Islam oleh banyak pihak dirasai sangat kurang, sehingga masyarakat belum bersepati dengan perbankan Islam berbanding dengan bank konvensional.
2.      Booming perbankan  Islam tidak diimbangi oleh penyediaan tenaga profesional perbankan Islam. Kerannya, sangat dirasakan langka dan mahalnya tenaga profesional ini.
3.      Perhatian kerajaan pemerintah Pusat, Pemerintah kerajaan daerah dan peraturan Bank Indonesia yang kurang menyentuh aspek ekonomi Islam.
4.      Tingginya tingkat persaingan antara perbank Syariah di Aceh khasnya, hal ini menjadi kendala dan cabaran bagi Bank Aceh Syariah.


BAB III
PENUTUP

A.    Kesimpulan
Penubuhan Bank Syariah Mandiri oleh kerajaan pemerintah Indonesia pada tahun 1999 dan diikuti dengan penumbuhan cawangan di merata tempat dan salah satu cawangannya di wilayah Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam yang beroperasi berteraskan Syariah Islam. Adapun penubuhan Bank Aceh Syariah dilakukan pada tahun 2004 di Banda Aceh yang sistem operasinya juga menggunakan prinsip-prinsip Syariah.
Kedua-dua bank Islam ini mempunyai misi dan visi dalam menawarkan perkhidmatan   bank   Islam   kepada   pelanggan   untuk   memberikan   kepuasan   kepada pelanggan. Selain itu, kedua-dua bank tersebut dalam operasinya dikendalikan oleh kakitangan bank yang terdiri dari ketua pengarah eksekutif, setiausaha, ketua bahagian operasi,  bahagian  pengurus  kawal  data,  bahagian  perkhitmatan  pelanggan,  bahagian operasi, bahagian pembiyaan, bahagian pengurus kakitangan, bahagian pengurus akaun dan bahagian lainnya.
Selain itu juga, kedua bank tersebut mempunyai Dewan Pengawas Syariah atau DPS  yang  mempunyai  tugas  dan  tanggung  jawab  sebagai  pengawas  setiap  produk perbankan yang ditawarkan kepada pelanggan serta merumuskan produk-produk bank yang baru supaya selari dengan prinsip-prinsip Islam.

B.     Saran
Penulis menyadari bahwa makalah ini masih jauh dari sempurna. Maka penulis mohon kritik dan saran guna perbaikan untuk masa yang akan datang.


DAFTAR PUSTAKA

Abdul Ghaofur Anshori. Perbankan Syariah di Indonesia. Yogyakarta: Gadjah     Mada University Press, 2007.
Abdul  Halim  Mat  Diah.  Suatu  Contoh Tentang  Huraian  Metodeologi. Kuala  Lumpur, Malaysia: Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, University Of Malaya, 1987.
Alyasa Abubakar. Syari‟at  Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Paradigma,
Kebijakan dan Kegiatan, Banda Aceh: Dinas Syari‟at Islam Provisi Nanngroe Aceh Darussalam, 2008.
Asmad Bin Daud, Peranan Majelis Penasihat Syariah (MPS) dalam Pembangunan Produk Perbankan Syariah: Kajian di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008.

Post a Comment for "Hambatan penerapan bank Islam di Aceh"